Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 19, 2011

Te iubesc----私はあなたを愛し----I love U

Hari ni eh jap jap jap... Ce tgk thicker..macam ngeng kan.. Bleh plak tulis kat ctu 1 bulan 4 minggu 3 hari..padahal kalau ikut tarikh..hari ni baru cukup 2 bulan atau 1 bulan 4 minggu..errr atau I yg ngeng..hikhik.. so ikut date I jela..



Hmmm mula balik intro -Hari ni 19hb Jan 2011 bersamaan 2 bulan I jadi isteri kepada lelaki yg paling I sayang.. Macam xpercaya dah bergelar isteri..



Banyak perkara yg I belajar dr kehidupan sebagai seorang isteri selama 2 bulan ini



Bila mana keputusan yg dahulunya I buat tanpa perlu memikirkan perasaan org lain..Kini semuanya berubah.. Keputusan kini adalah sepenuhnya milik sang suami dan kalau perlu I yang buat keputusan, semuanya perlu memikirkan kesan dan perasaan sang suami.. walaupon kadang2 I xdapat terima keputusan yg di buat..tapi I kene redha dan cuba terima.. * pernah merajuk berair mata bawah selimut..hahaha..maap yerk encik asben..*



Cuba menjadi cheff yang terhebat dimata suami..walaupon kenkadang sos blackpaper yg agak masin dan kastard triffle xmenjadi lalu disimpan didlm peti sejuk yg kononnye nak oter...tp ke plastik sampah penyudahnye..hahaha Oh maap lagi encik asben !.. Tp sebolehnya I cuba memasak utk perut sang suami.. *Mak xkisah orang cakap perut laki mak makin buncit ok...mak bangga lagi adalah...sbb mak yang membuncitkan perutnya..wahuahau*



Jiwa menjadi begitu sensitip padahal dulu I-lah superwoman itu...sekarang?? mudah rapuh hatinya padahal xde mende pon! Dasar hati perempuan nan kristal... gediks okay!



Menyempurnakan ibadah itu..
Ya..perkahwinan itu satu ibadah..yg harus dijaga seperti mana kita menjaga ibadah kita yang lain... I sebolehnya cuba menjaga ibadah ini sesempurna yang boleh..cuba menerima kelemahan dirinya dan bersyukur dengan kelebihan dirinya..kerana I juga xsesempuna mana... masih cuba belajar dan mengharapkan dia menjadi nakhoda yg terbaik utk cruise kami ini..



Dan sekarang cuba mempraktikkan 63 petua bahagia dari Dr Fadzilah Kamsah

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


~suka no 25 dan 40... ahaks!


Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

:woooh: Tahniah kepada anda kerana berjaya membaca hingga habis!



Kepada Sang Suami... Happy 2 month Anniversary.. I LOVE YOU




1 comment:

Murni Nasir said...

kellassss waniez.. nak tgk gambar kawennnnnn.. =)